Home Koronavirus Lebih 22.9 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi

Lebih 22.9 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi

0
Lebih 22.9 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR – Seramai 22,901,050 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Jumaat.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 23,181,492 individu atau 99 peratus daripada populasi dewasa pula, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 2,860,918 individu atau 90.9 peratus populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 2,773,020 individu atau 88.1 peratus daripada golongan itu lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 236,104 dos suntikan vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,234 suntikan dos lengkap, 1,746 dos pertama dan 232,124 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,557,570 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 9,043,384. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here