Home Koronavirus Covid-19: 12 lagi kematian baharu direkodkan

Covid-19: 12 lagi kematian baharu direkodkan

0
Covid-19: 12 lagi kematian baharu direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,762 orang, daripada 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,558 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,075 individu atau 81.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,984 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan RawatanCovid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,295 kes dirawat di hospital dan 204 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 109 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 95 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here