![Lebih 17 juta populasi negara lengkap vaksin Lebih 17 juta populasi negara lengkap vaksin](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/09/1204823-lazmw8.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/09/15/1204823.jpg)
KUALA LUMPUR – Sebanyak 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat Selasa.
Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan pada Selasa menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.
Sementara itu, setakat 11.59 malam Selasa, sebanyak 104 kematian sebenar harian Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes. – Bernama