Home Koronavirus Covid-19: 463 kematian dilaporkan, 104 kes libat kematian harian

Covid-19: 463 kematian dilaporkan, 104 kes libat kematian harian

Covid-19: 463 kematian dilaporkan, 104 kes libat kematian harian

PUTRAJAYA – Terdapat 463 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, menurut laman sesawang Covid Now yang dikemas kini 11.59 malam Selasa.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, sebanyak 104 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, sejumlah 108 kes merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan jumlah keseluruhannya 4,066 kes.

Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 ialah 21,587 kes.

Berdasarkan graf yang dipaparkan di laman sesawang itu juga mendapati rata-rata di semua negeri kes kematian sebenar adalah menunjukkan penurunan.

Johor melaporkan 18 kematian sebenar harian, diikuti Pulau Pinang (17), Selangor (14), Sabah (13), Perak (10), Kedah (tujuh), Kelantan (lima), Sarawak (lima), Kuala Lumpur (lima), Pahang (empat), Melaka (empat), Terengganu (tiga), Melaka (tiga) dan Perlis (satu).

Tiada kes kematian harian dilaporkan di Putrajaya dan Labuan.

Sebanyak 225,277 kes aktif di seluruh negara membabitkan 186,094 individu yang dikuarantinkan di rumah dan 25,238 kes dirawat di pusat rawatan dan kuarantin Covid-19 (PKRC) sementara, 12,703 lagi dirawat di hospital.

Seramai 550 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 692 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi tempoh sama, 17,653,079 individu telah lengkap suntikan dos vaksin termasuk penerima dos tunggal dan 21,649,228 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Jumlah dos yang diberikan pada Selasa adalah 243,971 dengan 71,658 individu menerima suntikan pertama dan 172,313 penerima dos kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here