Home Koronavirus Lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

Lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

0
Lebih 14 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan sejak 24 Februari kini melebihi 14 juta iaitu 14,002,324 dos setakat Sabtu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 9,570,974 individu menerima dos pertama manakala 4,431,350 orang telah melengkapkan dos kedua.

Pada Sabtu sahaja sebanyak 380,440 dos suntikan Covid-19 diberikan membabitkan 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 lagi, lengkap dos kedua. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here