Home Koronavirus Lebih 10 peratus kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama

Lebih 10 peratus kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama

0
Lebih 10 peratus kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 383,165 individu atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Jumaat.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,844,963 atau 58.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19, seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,368 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 36 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Johor melaporkan 11 kes, masing-masing enam kes di Sabah dan Selangor, Kedah (4), masing-masing tiga kes di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here