Home Koronavirus Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin setakat semalam

Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin setakat semalam

0
Lebih 10 juta individu lengkap dua dos vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam (Sabtu), kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama manakala 44.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam (Sabtu) dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here