Home Koronavirus Lebih 1 juta rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

Lebih 1 juta rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

0
Lebih 1 juta rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR – Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini telah melebihi 1 juta orang iaitu 1,014,342 setakat Jumaat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya hari ini memberitahu, seramai 1,771,810 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 2,786,152 setakat semalam.

Menurut beliau, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 138,063 dos diikuti Sarawak (96,450), Kuala Lumpur (94,397), Perak (90,882) dan Johor (88,240).

Setakat semalam, 48.60 peratus atau 11,788,915 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,159,392 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya (OKU) manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here