Home Koronavirus Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin

Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin

0
Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,403,498 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.5 peratus daripada populasi dalam kumpulan umur ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat Sabtu.

Menurut laman web CovidNow, 366,295 kanak-kanak atau 10.3 peratus daripada kumpulan ini telah menerima vaksin lengkap.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,871,425 individu atau 92.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,973,462 atau 95.6 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam kalangan populasi dewasa pula 15,970,302 individu atau 67.9 peratus telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,960,578 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua mereka dan 23,237,257 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Pada Sabtu, 79,398 dos vaksin telah diberikan terdiri daripada 59,818 dos untuk suntikan kedua, 4,456 suntikan dos penggalak dan 15,124 dos untuk suntikan pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjumlah 69,570,045.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian dilaporkan pada Sabtu dengan Johor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu tiga, diikuti Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan dengan masing-masing dua kes.

Pulau Pinang, Sabah dan Selangor pula masing-masing merekodkan satu kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here