Home Koronavirus Covid-19: 4,653 kes kategori satu, 14,346 sembuh

Covid-19: 4,653 kes kategori satu, 14,346 sembuh

0
Covid-19: 4,653 kes kategori satu, 14,346 sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,653 kes daripada 9,705 kes baharu Covid-19 pada Sabtu adalah pesakit kategori satu manakala 5,003 kes daripada pesakit kategori kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya adalah kategori tiga melibatkan 16 kes, kategori empat dengan 15 kes dan kategori lima pula 18 kes.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, 9,675 adalah kes tempatan manakala 30 kes import.

“Sebanyak 49 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 17 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan vaksin Covid-19

“Sebanyak 15 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 17 kes pula telah menerima dos penggalak.

“Di samping itu, 29 kes membabitkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 27 kes lagi mempunyai komorbid serta satu kes melibatkan ibu mengandung,” ujarnya.

Pada masa sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 14,346 kes sembuh turut dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif 4,238,471 kes.

Dalam pada itu, menurut beliau, terdapat 10 kluster baharu direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kluster yang aktif kini 116 kluster.

“Sebanyak 134 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula sebanyak 62 kes.

“Sebanyak 81 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dengan 44 kes disahkan Covid-19 dan 37 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” menurutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here