Home Koronavirus Lapan kluster pendidikan direkod di Pulau Pinang

Lapan kluster pendidikan direkod di Pulau Pinang

0
Lapan kluster pendidikan direkod di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Lapan kluster pendidikan membabitkan kes Covid-19 direkodkan masih aktif di Pulau Pinang sehingga Ahad, kata Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin.

Beliau berkata, kluster pendidikan yang direkodkan itu melibatkan pelbagai institusi pendidikan iaitu sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Solok Nelayan di Daerah Barat Daya serta empat pusat tahfiz iaitu Kluster Jalan Sungai Nipah, Permatang Binjai, Kubang Semang dan Jalan Lembah.

Menurutnya, sementara dua lagi melibatkan institusi kemahiran di Jalan Berapit dan Bukit Panchor serta sebuah politeknik di Jalan Sungai Burung.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima kebanyakan pelajar yang dijangkiti Covid-19 ini telah menerima suntikan vaksin serta pesakit kategori satu dan dua sahaja.

“Sehingga semalam (Sabtu) tiada kluster baharu direkodkan di Pulau Pinang dengan 14 kluster masih aktif membabitkan lapan kluster pendidikan, tiga kluster sektor perkilangan, dua kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here