Home Koronavirus 4,915 kes baharu Covid-19 hari ini

4,915 kes baharu Covid-19 hari ini

0
4,915 kes baharu Covid-19 hari ini

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 pada Ahad menurun kepada 4,915 kes berbanding 5,139 kes pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan penularan kepada 2,865,984.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 4,876 kes atau 99.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua manakala 39 kes lagi kategori tiga, empat dan lima.

“Kes tempatan yang direkodkan sebanyak 4,727 kes dengan 4,573 daripadanya adalah warga tempatan manakala 154 lagi bukan warganegara.

“Manakala 188 kes import pula dikesan dengan 111 daripadanya warga negara dan 77 lagi bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula sebanyak 3,056 sekaligus menjadikan kes kumulatif pulih kepada 2,780,771.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 14 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kumulatif kluster kepada 6,413 kluster dengan 301 daripadanya adalah kluster aktif manakala 6,112 kluster telah tamat.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar jangkitan (Rt) Covid-19 negara pada Sabtu ialah 1.14 dengan terdapat lima negeri termasuk wilayah berada pada melebihi paras kebangsaan iaitu Negeri Sembilan dan Putrajaya masing-masing 1.20 diikuti Kedah (1.18), Perlis (1.15) dan Kedah 1.18.

Negeri yang merekodkan nilai melebihi 1.0 dan ke atas pula ialah Melaka dan Kuala Lumpur yang masing-masing mencatatkan 1.13; Selangor (1.10); Pulau Pinang dan Kelantan (1.07); Sabah dan Perak (1.04); Pahang (1.03) dan Sarawak (1.0).

Terengganu pula mencatatkan kadar jangkitan 0.93 manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here