Home Koronavirus Lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup akibat jangkitan Covid-19

Lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup akibat jangkitan Covid-19

0
Lagi sekolah di Negeri Sembilan ditutup akibat jangkitan Covid-19

SEREMBAN- Terdapat penambahan satu lagi sekolah diarahkan ditutup selama dua hari di Negeri Sembilan bermula Isnin susulan terdapatnya kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan sekolah ditutup sebanyak 15 sekolah.

“Sekolah berkenaan merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman,Gemas.

“Penutupan sekolah ini bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD) membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan sekolah menjalankan proses disinfeksi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mohamad Rafie berkata, 14 sekolah lain yang turut diarahkan tutup selama dua hari bermula Isnin adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Batu, SK King George V, SK Labu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Forest Heights, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dan SJKC Chung Hua.

“Turut ditutup adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, SMK Bukit Kepayang, SJKT Nilai, SMK ST Paul, SMK King George, SMK Kompleks KLIA, SMK Bukit Mewah dan SJKC Bandar Springhill,” katanya.

Dalam pada itu katanya, manakala empat sekolah iaitu SK Kompleks KLIA,SJKC Sino English, SJKC Pei Hua,Seremban dan SJKT Sg.Salak dilanjutkan penutupannya selama dua hari bermula Isnin.

“Sementara itu, SMK Seremban 2 juga dilanjutkan penutupannya iaitu selama lima hari bermula Isnin.

“Penutupan sekolah ini boleh dilanjutkan melebihi tempoh dua hari berdasarkan saranan,nasihat dan penilaian risiko oleh PKD yang berkaitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here