Home Koronavirus Kompaun wartawan bertugas di PRN Johor dibatalkan: Khairy

Kompaun wartawan bertugas di PRN Johor dibatalkan: Khairy

Kompaun wartawan bertugas di PRN Johor dibatalkan: Khairy

SIMPANG RENGGAM – Kompaun yang dikenakan kepada seorang wartawan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu dibatalkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu diteliti dan ternyata bukan salah wartawan tersebut.

“Saya dah minta saman itu dibatalkan kerana tengok balik laporan itu bukan salah dia.

“Saya beritahu pada penguat kuasa sekiranya wartawan buat kerja dan ini bukan salah dia maka tidak perlu dikompaun,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Klinik Kesihatan Simpang Renggam pada Ahad.

Pada Sabtu, seorang wartawan akhbar mandarin menjadi petugas media pertama yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dikenakan kompaun oleh KKM kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here