Home Koronavirus ‘KKM wajar pandang serius, kaji kesan sampingan dos penggalak’

‘KKM wajar pandang serius, kaji kesan sampingan dos penggalak’

0
‘KKM wajar pandang serius, kaji kesan sampingan dos penggalak’

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, saranan tersebut dibuat berikutan ayahnya yang mula mengalami gejala muntah dan menjadi sangat lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

“Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak?

“Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” katanya dalam siaran di Instagram miliknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, ramai orang telah berkongsi situasi seperti itu di media sosial.

Menurutnya, anak kepada sahabatnya meninggal dunia dipercayai jatuh sakit mengejut selepas mengambil dos ketiga.

“Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau, orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci.

“Mereka hanya kata ‘lepas vaksin nombor tiga, tidak pasal-pasal dia sakit, lepas itu meninggal’. Mungkin juga ada punca lain,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, seorang bakal ahli jemaah umrah telah meninggal dunia dipercayai selepas mengambil dos penggalak sebagai syarat umrah.

“Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan?

“KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga ALLAH merahmati kita semua,” jelasnya.

Sementara itu, Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam maklum balas ringkasnya berkata, pihaknya telah menghubungi hospital berkenaan dan dalam proses menyiasat serta menyediakan laporan untuk kesan advers susulan imunisasi (AEFI).

View this post on Instagram

A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here