Home Koronavirus 2,342 kes baharu positif Covid-19

2,342 kes baharu positif Covid-19

2,342 kes baharu positif Covid-19

PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 menurun kepada 2,342 kes pada Isnin berbanding hari sebelumnya, 3,010 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat 34 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

“Bagi kategori satu dan dua lupa adalah 2,308 kes atau 98.5 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 180 kes import dikesan membabitkan 114 rakyat tempatan dan 66 warga asing.

“Terdapat 2,162 kes penularan tempatan melibatkan 2,105 rakyat tempatan dan 57 warga asing,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,810,689.

“Seramai 184 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 87 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, enam lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,218 kluster.

“Sebahagian 6,041 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan 177 lagi masih aktif,” katanya.

Pada perkembangan sama, kadar kebolehjangkitan (Rt) di empat negeri dan wilayah merekodkan nilai 0.

Ia adalah Sarawak, Perlis, Putrajaya dan Labuan.

Nilai Rt negara pula adalah 1.0 manakala lima negeri melepasi kadar tersebut iaitu Kuala Lumpur (1.08), Negeri Sembilan (1.07), Sabah (1.05), Selangor (1.02) dan Melaka (1.0).

Pada 17 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,342 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,810,689 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 17, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here