Home Koronavirus KKM siasat kes Omicron libatkan warga Indonesia

KKM siasat kes Omicron libatkan warga Indonesia

0
KKM siasat kes Omicron libatkan warga Indonesia

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan siasatan lanjut kes Omicron seorang warga Indonesia yang baru pulang dari Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, KKM telah mendapatkan maklumat melalui Kedutaan Indonesia di Malaysia dan Kementerian Kesihatan Indonesia (KKI) berhubung kenyataan KKI bertarikh 23 Disember mengenai pengesanan kes positif Covid-19 dengan varian Omicron.

Menurutnya, kes adalah lelaki dan berumur 20 tahun yang dikesan susulan hasil ujian pada 16 Disember di Indonesia semasa dalam tempoh kuarantin selepas ketibaan dari Malaysia.

“Beliau pulang ke Indonesia pada 10 Disember dengan ujian Covid-19 adalah negatif semasa ketibaan.

“Hasil siasatan di Malaysia mendapati, kes merupakan tahanan di Depo Tahanan Semenyih apabila ditahan pada 22 September bersama tiga lagi rakan,” katanya ketika sidang akhbar pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here