Home Koronavirus 62 kes varian Omicron di Malaysia

62 kes varian Omicron di Malaysia

0
62 kes varian Omicron di Malaysia

PUTRAJAYA – Sebanyak 62 kes varian Omicron telah dikesan di Malaysia setakat ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 61 kes merupakan jangkitan import dari luar negara, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki berkemungkinan adalah jangkitan tempatan.

Menurutnya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 15 sehingga 21 Disember 2021.

“Daripada jumlah ini, 60 sampel menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.

“Pada 24 Disember 2021, 45 daripada 60 sampel presumptive ini telah disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR.

“Sementara itu, Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengesan sebanyak empat kes varian Omicron,” katanya ketika sidang akhbar pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here