Home Koronavirus KKM nafi video tular pelajar sekolah alami reaksi selepas divaksinasi

KKM nafi video tular pelajar sekolah alami reaksi selepas divaksinasi

0
KKM nafi video tular pelajar sekolah alami reaksi selepas divaksinasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan video tular menerusi media sosial yang mendakwa pelajar sekolah mengalami reaksi selepas divaksinasi.

Kementerian itu menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan video berkenaan adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor pada 2019.

“Orang ramai disaran agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here