Home Koronavirus KKM hanya syor, tak paksa ambil dos penggalak kedua: Khairy

KKM hanya syor, tak paksa ambil dos penggalak kedua: Khairy

0
KKM hanya syor, tak paksa ambil dos penggalak kedua: Khairy

KUALA LUMPUR – Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Khairy menerusi video berdurasi 2.20 minit di Twitter beliau pada Isnin berkata, individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak bagi menambah perlindungan terhadap gejala serius Covid-19.

“Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa… Saya cuma nak pastikan warga emas kita dapat perlindungan yang terbaik, terutama bila anda semua balik kampung ramai-ramai nanti,” katanya.

Khairy berkata, KKM juga telah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid sebagai terapeutik untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi bagi melindungi pesakit berkenaan daripada gejala serius.

Beliau berkata, antiviral berkenaan bertujuan merawat pesakit dan bukan sebagai pengganti vaksin serta memaklumkan KKM akan membeli lebih banyak ubat rawatan itu.

Menteri Kesihatan itu berkata, pengujian yang diselia secara maya bagi RTK-Ag profesional Covid-19 kini dibenarkan untuk memudahkan orang ramai melakukan ujian berkenaan.

“Kalau perlukan ujian profesional RTK bolehlah buat melalui ‘live video’ sahaja, dan anda boleh dapat keputusan ujian melalui e-mel, contohnya. Pengamal perubatan boleh menawarkan perkhidmatan ini kepada orang ramai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, penerima vaksin primer Sinovac dan Sinopharm serta akan mengembara ke negara yang tidak mengiktiraf vaksin tersebut boleh mendapatkan vaksin lain bagi dos penggalak kedua melalui permohonan di aplikasi MySejahtera atau datang terus (walk-in) ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Beliau berkata, maklumat lanjut berkenaan PPV yang masih beroperasi boleh dilayari di laman sesawang www.protecthealth.com.my.

Bagi remaja yang mempunyai sistem imun yang lemah atau ‘immunocompromised’, Khairy berkata, golongan itu juga kini boleh menerima dos penggalak.

“Sila semak dengan doktor anda untuk maklumat mengenai dos penggalak, ini penting sebab terdapat sedikit peningkatan kes dalam kalangan remaja, jadi untuk kumpulan ini, bolehlah ambil dos penggalak untuk kekal selamat,” katanya.

Khairy berkata, beliau akan mengumumkan perkembangan terbaharu berkenaan sambutan Aidilfitri termasuk beberapa pengumuman lain pada minggu depan. – Bernama

Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. https://t.co/e8bKedDQ5j pic.twitter.com/6K62NShIHE

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 18, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here