Home Koronavirus Covid-19: Hanya 42 kes baharu kategori tiga hingga lima

Covid-19: Hanya 42 kes baharu kategori tiga hingga lima

0
Covid-19: Hanya 42 kes baharu kategori tiga hingga lima

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 42 kes atau 0.66 peratus daripada 6,623 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Ahad membabitkan kategori tiga hingga lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6,581 kes atau 99.37 peratus pula terdiri kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kes kumulatif Covid-19 dalam negara berjumlah 4,389,025.

“Daripada 42 kes kategori tiga hingga lima, 11 kes membabitkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 14 kes sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, tetapi belum menerima dos penggalak dan 17 kes menerima dos penggalak.

“Selain itu, 25 kes membabitkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas, manakala 23 kes lagi mempunyai komorbid,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal dan bukan kritikal.

“Hanya satu negeri sahaja iaitu Perak menunjukkan peratusan pengisian katil Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) lebih 50 peratus iaitu 58,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak enam kluster baharu turut direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 120 kluster.

Tambah beliau lagi, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini ialah 0.86 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Selangor dan Negeri Sembilan dengan 0.89.

Kenyataan Akhbar KPK 18 April 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/a9AV7QnYJr via @DGHisham

— KKM Portal MyHealth (@MyHEALTHKKM) April 18, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here