Home Koronavirus Kit ujian air liur selesai, sensitiviti lebih 90 peratus

Kit ujian air liur selesai, sensitiviti lebih 90 peratus

0
Kit ujian air liur selesai, sensitiviti lebih 90 peratus

SHAH ALAM – Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati kit ujian air liur mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus untuk mengesan virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaan dan dijangka selesai pada minggu hadapan.

“Dua ujian kendiri (Antigen Rapid test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19.

“Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA sedang memperincikan panduan penggunaan dan insyaALLAH akan selesai minggu depan,” ciapnya di laman Twitter pada Rabu.

Pada 8 Mei, Dr Noor Hisham berkata, kit ujian air liur untuk saringan kendiri Covid-19 akan tersedia di pasaran dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL BERKENAAN: Saringan Covid-19 guna sampel air liur dalam masa terdekat

Jelasnya, menerusi penggunaan kit ujian air liur itu, individu berkenaan tidak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk membuat saringan awal bagi mengesan Covid-19.

Katanya, dua syarikat telah menawarkan kit ujian itu untuk dijual di farmasi tempatan.

Namun pada 14 Jun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, penggunaan kit ujian air liur bagi saringan awal wabak Covid-19 secara kendiri belum boleh dilaksanakan di negara ini walaupun sudah meluas digunakan di makmal.

Tambah Dr Adham, kit berkenaan juga perlu melalui siri proses penilaian ketat oleh pihak berwajib sebelum diberikan kelulusan untuk pemasaran.

Jelasnya, kit itu hanya boleh dipakai di dalam makmal dengan pemantauan dalam kalangan petugas terlatih sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here