Home Koronavirus 340,043 dos suntikan vaksin semalam: Adham Baba

340,043 dos suntikan vaksin semalam: Adham Baba

0
340,043 dos suntikan vaksin semalam: Adham Baba

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan pada Selasa iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 133,286 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya.

Dr Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Selasa iaitu Selangor dengan 79,998 orang diikuti Sarawak (59,269), Kuala Lumpur (53,155), Perak (20,759) dan Johor (18,431). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 6 Julai 2021 ialah 9,660,519 dos.

340,043 dos pada 6 Julai, yang tertinggi setakat ini.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,791,759 orang. Daripada jumlah itu, 2,868,760 orang juga terima dos kedua. pic.twitter.com/VwvFOQOwt5

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 7, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here