Home Koronavirus Kes tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia

Kes tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia

Kes tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia

SEJAK Covid-19 melanda negara pada tahun 2020, Malaysia sekali lagi mencatat angka tertinggi dengan merekodkan 27,832 kes positif.

Pada 26 Ogos tahun lalu, negara hanya mencatat 24,599 kes dan ketika itu hampir tiga juta rakyat Malaysia sudah dijangkiti.

Malaysia terus dibadai kes harian baharu lima angka Covid-19 sejak beberapa hari berturut-turut yang mencatatkan peningkatan dan turut melonjakkan kes kumulatif Covid-19 negara.

Selain peningkatan kes varian Omicron, adakah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) rakyat Malaysia semakin longgar menyebabkan mereka leka dan alpa?

Sehingga hari ini pengambilan vaksin rakyat Malaysia juga mencatatkan peningkatan, persoalannya apa punca kepada peningkatan tersebut.

Situasi ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan, sebaliknya menjadi kebimbangan kerana saban hari kita melihat kes semakin meningkat.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes positif berada pada kategori satu dan dua iaitu 27,734 kes atau 99.65 peratus dan selebihnya 97 kes adalah kategori tiga hingga lima

Menurutnya, bagi kategori satu, sebanyak 7,606 kes dilaporkan dan 20,128 kes berada pada kategori dua.

Manakala, kategori tiga terdiri daripada 59 kes, kategori empat (28) dan 10 kes kategori lima.

Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 3,111,514.

Justeru, rakyat dinasihatkan untuk terus patuhi SOP kerana vaksin bukan jaminan untuk tidak dijangkiti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here