Home Koronavirus 21 lagi korban Covid-19

21 lagi korban Covid-19

0
21 lagi korban Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 21 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu dengan sembilan daripadanya membabitkan kematian di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,180 orang, daripada lebih 3.09 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal CovidNow, kes kematian baharu direkodkan di enam negeri dengan Sabah merekodkan kes tertinggi iaitu sembilan kes dengan lima daripadanya adalah BID manakala Johor dan Perak masing-masing mencatatkan empat kematian dengan dua di Perak adalah kes BID.

Kedah pula merekodkan dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dengan satu daripadanya adalah kes BID manakala Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing merekodkan satu kes kematian dengan satu kes BID dicatatkan di Kelantan.

Sementara itu, terdapat 202,884 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 190,268 kes atau 93.8 peratus adalah individu dikuarantin di rumah manakala 5,505 (2.7 peratus) orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 6,907 kes dirawat di hospital dan 194 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 116 manakala 88 lagi tidak memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here