Home Koronavirus Kes positif seluruh dunia lepasi 220.1 juta, korban 4.55 juta

Kes positif seluruh dunia lepasi 220.1 juta, korban 4.55 juta

0
Kes positif seluruh dunia lepasi 220.1 juta, korban 4.55 juta

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 220.1 juta, berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.9 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes manakala negara yang melebihi angka enam juta kes adalah United Kingdom, Perancis, Rusia dan Turki.

Argentina melebih lima juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi empat juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.0 juta sementara Malaysia mencatatkan 1.8 juta kes dan Thailand dengan 1.2 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 68,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.55 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 648,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 582,000 kes, India lebih 440,000 kes dan Mexico lebih 262,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 133,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 135,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 34,000 diikuti Malaysia dengan 17,000 kes manakala Thailand dengan lebih 12,000 angka korban. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here