Home Koronavirus 67.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

67.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

0
67.4 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 67.4 peratus atau 15,772,760 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Ahad memaklumkan, 36,141,604 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,401,824 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 300,501 dos dengan 134,559 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 165,942 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here