Home Koronavirus Kes pertama Omicron ditemui, kawalan sempadan diperketat

Kes pertama Omicron ditemui, kawalan sempadan diperketat

0
Kes pertama Omicron ditemui, kawalan sempadan diperketat

KUALA LUMPUR – Kawalan sempadan negara terus diperketatkan dengan penemuan kes pertama varian Omicron di negara ini untuk mengekang penularan jangkitan Covid-19 akibat varian yang membimbangkan (VOC) ini.

Kes indeks melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun (bukan warganegara) sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang sudah lengkap mengambil vaksin dan melakukan perjalanan pulang ke ke Afrika Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes pertama varian Omicron libatkan pengembara bukan warganegara

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu sidang akhbar, antara langkah tegas ialah menguatkuasakan pemakaian peranti pengesan digital bagi pengembara dari negara berisiko tinggi sepanjang tempoh kuarantin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat mengumumkan, sekatan perjalanan sementara setakat ini dikenakan ke atas lapan (8) buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Senarai negara ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan penilaian risiko mengambil kira tiga perkara iaitu jangkitan tempatan, bilangan kes dan liputan vaksinasi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 26 Nov 2021 menklasifikasikan Varian Omicron (B.1.1.529) sebagai “varian yang perlu dibimbangi” (VOC) dan varian “berisiko sangat tinggi”..

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan di Geneva, Switzerland pada Rabu lepas, pihaknya menjangka bilangan negara yang dilanda Omicron akan terus meningkat.

Setakat ini, varian Omicron sudah dikesan merebak, sekurang-kurangnya ke 26 buah negara termasuk Singapura.

Dua kes varian Omicron di negara jiran itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang tiba di Republik itu dari Afrika Selatan pada 1 Disember lepas.

Antara negara lain yang melaporkan penularan Omicron setakat ini termasuk Sepanyol, Kanada, United Kingdom, Austria, Belanda, Portugal, Brazil, Norway, Amerika Syarikat, Nigeria, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hong Kong, Jerman, Israel, Beligium, Itali, Jepun, Korea Selatan.

Sementara itu, pada 3 Disember, KKM melaporkan sebanyak 5,551 kes harian baharu Covid-19, menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,649,578 kes.

Dengan kes kumulatif 2,649,578 ini, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Netherlands (2,684,734 kes) dan Filipina (2,833,878 kes).

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat pukul 11:59 malam 3 Disember 2021, sebanyak 62,486 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (27 November- 3 Disember 2021), data kes harian baharu adalah seperti berikut:-

27 November (5,097 kes), 28 November (4,239 kes), 29 November (4,087 kes), 30 November (4,879 kes), 1 Disember (5,439 kes, 2 Disember (5,806 kes) dan 3 Disember (5,551 kes).

Daripada 5,551 kes baharu yang diumumkan pada Jumaat, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 78 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima; sementara 5,473 kes (98.6 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua.

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori lima. Kategori empat untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Jumlah kes pesakit Covid-19 yang sembuh pada Jumaat adalah sebanyak 5,301, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,556,554 kes. Pada Khamis angka kes sembuh yang tinggi dilaporkan, iaitu sebanyak 7,246 kes.

Sebanyak 362 kes yang disahkan Covid-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi setakat hari ini (3 Disember) dan 157 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk kes kematian Covid-19 di Malaysia, setakat jam 11:59 malam, 3 Disember 2021, sebanyak 17 lagi kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 30,538 kes.

Dr Noor Hisham turut melaporkan, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

27 November (0.96), 28 November (0.96), 29 November (0.95), 30 November (0.95), 1 Disember (0.95) dan 2 Disember (0.96);

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 2 Disember ialah Perlis (1.12).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Setakat 3 Disember 2021, Malaysia hanya mempunyai 228 kluster aktif. Untuk rekod, sebanyak 5,965 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,737 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (27 November-3 Disember 2021), berdasarkan data KKM, jumlah kluster baharu yang dilaporkan sebanyak 45 kluster. Kuster terbanyak, kluster tempat kerja, 20 kluster (44.4 peratus) dan kluster pendidikan, 18 kluster (40.0 peratus).

Antara Kluster Pendidikan, Kluster Persiaran Tasik, yang melibatkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya (WP Putrajaya). Sehingga 3 Disember 2021, keseluruhan kes Covid-19 dalam kluster ini seramai 143 orang iaitu 114 murid, 19 guru, dan 10 kakitangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Omicron: Perak, Pulau Pinang minta rakyat waspada

Kluster Pendidikan lain termasuk Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik (Perak), melibatkan enam (6) orang pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sultan Azlan Shah, setakat 29 November lepas dan Kluster Sungai Batang (Sandakan, Sabah) dan setakat 1 Disember, sebanyak 24 kes positif dikesan. Kluster ini melibatkan pelajar Politeknik Sandakan.

Sementara itu, perincian CovidNow KKM untuk 5,551 kes harian baharu setakat jam 11:59mlm 3 Disember 2021, mengikut negeri adalah seperti berikut:-

(+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Selangor 1,719 kes;

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 420 (+1), Kedah 388, Kelantan 559, Melaka 224 (+2), Negeri Sembilan 219, Pahang 318 (+1), Perak 246 (+2), Pulau Pinang 291, Sabah 372 (+2), Sarawak 105 (+1), Terengganu 229 dan WP Kuala Lumpur 348 (+14).

Kes harian baharu dua angka – Perlis 49 dan WP Putrajaya 35.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 6.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

27 November (67,252 kes), 28 November (66,455 kes), 29 November (65,497 kes), 30 November (65,143 kes), 1 Disember (63,740 kes), 2 Disember (62,253 kes) dan 3 Disember (62,486 kes).

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:-

* Kategori lima dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori empat memerlukan bantuan oksigen dan kategori tiga pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan).

Daripada 5,097 kes harian yang dilaporkan pada 27 November 2021;

84 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

5,013 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,239 kes harian yang dilaporkan pada 28 November 2021;

73 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,166 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,087 kes harian yang dilaporkan pada 29 November 2021;

72 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,015 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,879 kes harian yang dilaporkan pada 30 November 2021;

79 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

4,800 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,439 kes harian yang dilaporkan pada 1 Disember 2021;

105 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

5,334 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,806 kes harian yang dilaporkan pada 2 Disember 2021.

103 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

5,703 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,551 kes harian yang dilaporkan pada 3 Disember 2021.

78 (1.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

5,473 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

27 November (5,352 kes), 28 November (5,007 kes), 29 November (4,984 kes), 30 November (5,168 kes), 1 Disember (6,803 kes), 2 Disember (7,246 kes) dan 3 Disember (5,301 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 3 Disember 2021 sebanyak 2,556,554 kes (96.5 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

27 November- Kes baharu: 5,097 kes (2,619,577 kes kumulatif); Kes import: 17 kes (14 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,080 kes [4,876 warganegara (96.0%); 204 bukan warganegara (4.0%)];

28 November – Kes baharu: 4,239 kes (2,623,816 kes kumulatif); Kes import: 12 kes (7 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 4,227 kes [4,065 warganegara (96.2%); 162 bukan warganegara (3.8%)];

29 November – Kes baharu: 4,087 kes (2,627,903 kes kumulatif); Kes import: 21 kes (17 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan: 4,066 kes [3,846 warganegara (94.6%); 220 bukan warganegara (5.4%)];

30 November – Kes baharu: 4,879 kes (2,632,782 kes kumulatif); Kes import: 24 kes (16 warganegara; 8 bukan warganegara); Kes tempatan: 4,855 kes [4,678 warganegara (96.4%); 177 bukan warganegara (3.6%)];

1 Disember – Kes baharu: 5,439 kes (2,638,221 kes kumulatif); Kes import: 21 kes (15 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,418 kes [5,229 warganegara (96.5%); 189 bukan warganegara (3.5%)];

2 Disember – Kes baharu: 5,806 kes (2,644,027 kes kumulatif); Kes import: 11 kes (6 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,795 kes [5,542 warganegara (95.6%); 253 bukan warganegara (4.4%)].

3 Disember – Kes baharu: 5,551 kes (2,649,578 kes kumulatif); Kes import: 23 kes (14 warganegara; 9 bukan warganegara); Kes tempatan: 5,528 kes [5,304 warganegara (95.9%); 224 bukan warganegara (4.1%)];

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

27 November – 40 kes (BID 8), 28 November – 29 kes (BID 6), 29 November – 61 kes (BID 15), 30 November – 55 kes (BID 8), 1 Disember – 49 kes (BID 12 ), 2 Disember – 47 kes (BID 12) dan 3 Disember – 17 kes (BID 4).

*Jumlah kes kematian sehingga 3 Disember 2021 sebanyak 30,538 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

27 November- 8 kluster (kluster tempat kerja 3, kluster komuniti 1, kluster pendidikan 2, kluster

kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pusat tahanan 1);

28 November – 3 kluster (kluster tempat kerja 2 dan kluster pendidikan 1);

29 November – 7 kluster (kluster tempat kerja 3, kluster komuniti 1 dan kluster pendidikan 3);

30 November – 9 kluster (kluster tempat kerja 2, kluster kluster keagamaan 2, kluster pendidikan 4 dan

kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

1 Disember – 6 kluster (kluster tempat kerja 4 dan kluster pendidikan 2);

2 Disember – 6 kluster (kluster tempat kerja 3 dan kluster pendidikan 3).

3 Disember – 6 kluster (kluster tempat kerja 3 dan kluster pendidikan 3).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 264,693,896 kes (Rangkuman Minggu lalu 260,570,046 kes) dengan 5,253,868 kematian (Minggu lalu 5,203,413 kematian). Kes pesakit sembuh 238,666,414 kes (Minggu lalu 235,481,473 kes).

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Turki, Perancis, Iran, Jerman dan Argentina.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 49,716,825 kes (806,398 kematian);

India 34,615,757 kes (470,115 kematian);

Brazil 22,118,782 kes (615,225 kematian);

United Kingdom 10,329,074 kes (145,281 kematian);

Rusia 9,736,037 kes (278,857 kematian);

Turki 8,839,891 kes (77,230 kematian);

Perancis 7,773,530 kes (119,330 kematian);

Iran 6,125,596 kes (129,988 kematian);

Jerman 6,026,796 kes (102,909 kematian); dan

Argentina 5,335,310 kes (116,617 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 masih kekal di tangga 113 dengan 98,993 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Kampuchea turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19. * terkini dalam senarai Rwanda.

Indonesia di tangga 14 – 4,257,243 kes (143,858 kematian);

Filipina di tangga 19 – 2,833,878 kes (48,987 kematian);

Thailand di tangga 24 – 2,130,641 kes (20,878 kematian);

Vietnam di tangga 34 – 1,266,288 kes (25,658 kematian);

Myanmar di tangga 63 – 523,346 kes (19,120 kematian);

Singapura di tangga 86 – 267,150 kes (735 kematian);

Kampuchea di tangga 109 – 120,207 kes (2,953 kematian);

Laos di tangga 117 – 76,496 kes (186 kematian);

Brunei di tangga 167 – 15,111 kes (97 kematian).

————————————————————————————————————–

Ruangan sisi

Latar belakang Covid-19

— Penularan wabak Covid-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

— Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Disember 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

— Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

— WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu Covid-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

— Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

— Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit Covid-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

— Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit Covid-19sebagai pandemik.

— WHO menyifatkan wabak penyakit Covid-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

— Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

— Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik Covid-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

— Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

— Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai Covid-19.

— Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

— Di UK, varian baru Covid-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

— Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian Covid-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif Covid-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Covid-19: Kurangkan jangkitan dalam masyarakat, sekat varian baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here