KUALA LUMPUR – Penularan dan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat akan memberi peluang kepada virus itu untuk terus mereplikasi dan berganda.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, apabila terdapat banyak replikasi dan gandaan kes Covid-19, akan wujud lebih banyak ruang untuk ia bermutasi.
“Untuk menyekat varian baharu Covid-19 daripada terjadi, kita perlu mengurangkan jangkitan dalam masyarakat,” katanya melalui ciapan di Twitter semalam.
Pada Jumaat, Malaysia merekodkan kes pertama varian membimbangkan (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.
Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sambil memaklumkan pelajar terbabit sudah diarah menjalani kuarantin diri.
Katanya, semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif.
Pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan dikesan positif selepas menjalani ujian Rt-PCR di KLIA. – Awani
ARTIKEL BERKAITAN:Kes pertama varian Omicron libatkan pengembara bukan warganegara
Untuk menyekat varian baru Covid-19 dari terjadi, kita perlu mengurangkan penularan Covid-19 dlm masyarakat. Penularan & jangkitan dalam masyarakat akan memberi peluang kpd virus ini untuk replikasi & berganda. Lebih banyak replikasi & gandaan lebih banyak ruang untuk bermutasi.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 3, 2021