SHAH ALAM – Malaysia mencatatkan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 13,104 kes dilaporkan hari ini berbanding 13,899 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara kini ialah 2,198,235 kes.
Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri:
Sarawak – 2,943 (199,089)
Selangor – 1,558 (672,150)
Johor – 1,455 (190,770)
Kelantan – 1,206 (110,880)
Sabah – 1,078 (194,264)
Perak – 994 (98,954)
Pulau Pinang – 955 (126,895)
Kedah – 721 (131,671)
Terengganu – 685 (52,987)
Pahang – 604 (61,941)
Melaka – 362 (57,127)
WP Kuala Lumpur – 270 (185,102)
Negeri Sembilan – 165 (96,744)
Perlis – 80 (3,646)
WP Putrajaya – 24 (6,061)
WP Labuan – 4 (9,954)