Home Koronavirus Perkeso bayar RM11.19 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19

Perkeso bayar RM11.19 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19

0
Perkeso bayar RM11.19 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19

PENDANG – Sebanyak RM11,193,098.56 pampasan dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada pekerja yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja setakat 18 September lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pampasan tersebut membabitkan 15,036 kes yang telah dilaporkan kepada pertubuhan tersebut.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, bayaran yang diberikan kepada pekerja tempatan adalah seramai 13,170 kes dengan jumlah sebanyak RM10,160,939.94 manakala bagi pekerja asing membabitkan 1,866 kes dengan jumlah RM1,032,158.62.

“Bagi faedah pengurusan jenazah melibatkan kes kematian akibat Covid-19 pula, sebanyak 1,792 kes yang membabitkan pekerja tempatan dengan bayaran pampasan sebanyak RM3,501,379.98.

“Bagi kes kematian melibatkan pekerja asing, Perkeso membayar sebanyak RM3,500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Program Outreach Imunisasi Covid-19 daerah Pendang di Perumahan KEDA Tanjung Setul, Jenun, dekat sini yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Sementara itu, beliau berkata, Program Outreach Imunisasi Covid-19 yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan kadar vaksinasi penduduk di daerah Pendang.

Menurut beliau, pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin di daerah tersebut masih rendah iaitu pada kadar 51.16 peratus atau 38,115 orang setakat Sabtu.

“Kementerian Sumber Manusia menerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) mengadakan program Outreach Vaksinasi Covid-19 melalui Program berbentuk tanggungjawab sosial (CSR) bermatlamat membantu meningkatkan kadar peratus penduduk mendapat vaksin lengkap di Pendang.

“Setakat Ahad, program outreach ini telah dilaksanakan di beberapa kawasan daerah Pendang iaitu di Kampung Bukit Tegur, KEDA Lahar Tunjung, KEDA Asam Jawa dan pada Ahad kita mengadakannya di KEDA Tanjung Setul,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here