Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 turun lagi ke 8,075

Kes baharu Covid-19 turun lagi ke 8,075

Kes baharu Covid-19 turun lagi ke 8,075

KUALA LUMPUR- Jumlah kes baharu Covid-19 pada Isnin mencatatkan lagi penurunan iaitu 8,075 kes kes dalam tempoh 24 jam berbanding 9,066 kes pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah sebanyak 2,285,640 kes.

Berdasarkan pecahan setiap negeri, hanya dua negeri melaporkan kes melebihi 1,000 iaitu Sarawak, 1,189 dan disusuli Kelantan 1,020 kes.

Jangkitan di negeri lain adalah Pulau Pinang (853), Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151) dan Negeri Sembilan (108).

Perlis merekodkan 36 jangkitan, Putrajaya (19) dan Labuan (dua).AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here