Home Koronavirus Dos penggalak disyor guna vaksin berbeza: Khairy

Dos penggalak disyor guna vaksin berbeza: Khairy

0
Dos penggalak disyor guna vaksin berbeza: Khairy

KUALA LUMPUR – Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, syor itu dikemukakan Jawatankuasa Kecil Teknikal yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M. Peariasamy kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) pada mesyuarat minggu lepas.

“Kajian berkenaan keselamatan ini telah pun dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan dengan program vaksin heterologus kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) di Dewan Rakyat pada Isnin berhubung perkara itu.

Sebelum ini kerajaan mempertimbangkan kaedah campuran dua vaksin berkenaan sebagai sebahagian pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (​PICK) bagi meningkatkan antibodi peneutralan serta keberkesanan vaksin berikutan banyak negara sudah berbuat demikian.

Sarawak memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 bulan ini, sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif itu dengan fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun ke atas, serta mereka yang mempunyai komorbid serius.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here