Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,345

Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,345

0
Kes baharu Covid-19 menurun kepada 14,345

SHAH ALAM – Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini berterusan mencatatkan penurunan sebanyak lima hari berturut-turut turut apabila merekodkan 14,345 kes pada Ahad berbanding 14,954 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan adalah 2,112,175 kes.

“Sarawak mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365), Sabah (1,255), Pulau Pinang, (1,170) dan Perak (1,090).

“Selain itu, Kelantan merekodkan 1,050 kes, diikuti Kedah (967), Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307), Melaka (162), Negeri Sembilan (125), Perlis (51), Putrajaya (11) dan Labuan (kosong),” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Sehingga 20 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 14,345 kes (2,112,175 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,365 (659,674)

Sabah – 1,255 (186,832)

Sarawak – 3,611 (183,399)

WPKL – 307 (183,171)

Johor – 1,598 (180,379)

Kedah – 967 (126,758)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 20, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here