Home Koronavirus Dos pertama pelajar selesai akhir bulan ini

Dos pertama pelajar selesai akhir bulan ini

0
Dos pertama pelajar selesai akhir bulan ini

KUANTAN – Suntikan dos pertama vaksin Covid-19 membabitkan 42,875 pelajar berumur 16 dan 17 tahun bermula Isnin dijangka selesai penghujung bulan ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menyasarkan 80 peratus daripada pelajar sekolah di Pahang menerima suntikan sebelum bermula sesi persekolahan dan vaksin kedua Disember depan.

Menurutny, seramai 173,000 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di negeri itu layak disuntik tetapi mereka fokus kepada pelajar berusia 16 dan 17 tahun.

“Suntikan ini dapat memberi pelindungan kepada mereka ketika berada di sekolah yang mungkin ada ang tidak disuntik kerana masalah tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pada Program Imunisasi Covid-19 remaja di Wisma Belia, Indera Mahkota pada Isnin.

Dr Nor Azimi menjelaskan, semua pelajar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Maahad Tahfiz Negeri Pahang serta institusi swasta layak menerima vaksin termasuk institusi tahfiz, pondok dan madrasah persendirian.

Bagaimanapun katanya, jabatan itu masih mengumpul data pelajar daripada sekolah tidak rasmi atau yang belum berdaftar dengan kementerian untuk dimasukkan dalam program itu

Beliau menambah, proses vaksinasi ini akan dilaksanakan di 72 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Pahang.

Justeru katanya, pelajar yang terlibat boleh menerima suntikan vaksin di 22 PPV Awam, 44 PVV Institusi Pendidikan, dua PPV jangkauan luar dan 4 PPV Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan di peringkat daerah masing-masing dengan penglibatan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah serta Pejabat Kebajikan Masyarakat seluruh negeri.

“Selain pelajar, remaja Orang Kurang Upaya (OKU), remaja di institusi pemulihan dan perlindungan serta

remaja golongan rentan termasuk gelandangan tidak terkecuali daripada menjadi keutamaan dalam program imunisasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azimi berkata, pelajar berumur 12 tahun hingga 17 tahun yang mempunyai masalah kesihatan atau komorbid sudah diberikan suntikan bermula Rabu lalu.

Ujarnya, mereka disuntik di lima buah PPV hospital di negeri ini membabitkan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS), Hospital Pekan, Hospital Kuala Lipis dan Hospital Bentong.

“Sehingga kini, seramai 183 pelajar yang ada masalah kesihatan atau komorbid telah diberi suntikan di hospital berpakar

“Hospital Pekan telah memberi suntikan kepada 165 pelajar dan HoSHAS pula seramai 18 pelajar ” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama ibu bapa dan penjaga amat untuk membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.

“Melalui pertambahan bilangan pelajar mendapat vaksin tersebut, maka liputan vaksinasi Covid-19 dalam populasi negeri ini dapat dipertingkatkan sekali gus membantu mengurangkan kadar jangkitan wabak tersebut.

“Bagi pelajar yang menolak untuk menerima vaksinasi, kami di pihak kementerian sedia memberi pandangan untuk menyertai program ini manakala kaunseling akan diberikan kepada ibu bapa mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here