Home Koronavirus Kes baharu Covid-19 catat penurunan, 18,762 kes hari ini

Kes baharu Covid-19 catat penurunan, 18,762 kes hari ini

0
Kes baharu Covid-19 catat penurunan, 18,762 kes hari ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,762 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 20,897 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,765,016.

Beliau berkata, Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Kedah (1,585) dan Pulau Pinang (1,762).

“Sebanyak 1,504 kes direkodkan di Kelantan, Perak (899), Pahang (715), Terengganu (506), Kuala Lumpur (573), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Perlis (33), Putrajaya (34) dan Labuan (3),” katanya.

Pecahan kes baharu #COVID19 mengikut negeri, 1 September 2021. pic.twitter.com/Beegj7tCPQ

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) September 1, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here