Home Koronavirus Kerajaan timbang tambah vaksin lawan varian baharu

Kerajaan timbang tambah vaksin lawan varian baharu

0
Kerajaan timbang tambah vaksin lawan varian baharu

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan sedang menimbang untuk menambah vaksin yang berkesan terhadap varian baharu Covid-19 terutama dari Afrika Selatan yang didapati agak agresif.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan kini sedang meneliti perkembangan mengenai varian baharu Covid-19 dan data klinikal yang dikeluarkan dengan mengambil kira keberkesanan vaksin.

“Varian yang agak agresif dari Afrika Selatan sudahpun dikesan di Malaysia. Ini menyumbang kepada pertimbangan kepada pembelian vaksin.

“Terdapat beberapa vaksin yang telah dilaporkan data mereka bahawa vaksin ini masih berkesan terhadap varian Afrika Selatan sebagai contoh Pfizer, Novavax dan Johnson and Johnson,” katanya pada sidang akhbar Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Sebelum itu berlangsung mesyuarat tertutup bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkenaan tahap kesiapsiagaan Johor bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Khairy yang juga Menteri Sains dan Teknologi berkata, Malaysia akan membuat lebih banyak genomik analisa genom virus yang dikesan di negara ini agar varian baharu dan yang telah wujud dapat direkodkan lebih sistematik.

“Perkara utama yang saya risau adalah mutasi virus ini, jika virus berubah dan menjadi varian baharu ia akan lebih sukar untuk vaksin. Oleh itu, perkara ini akan terus dipantau dan perlu buat lebih banyak genom virus yang dikesan di Malaysia supaya dapat tahu virus tersebut dari negara mana.

“Rata-rata kebimbangan negara adalah mutasi. Kalau virus Covid-19 ini bermutasi, mungkin pandemik ini akan jadi endamik maksudnya tidak akan tamat, setiap tahun kita perlu ambil suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Sabah kekal menjadi negeri paling rendah pendaftaran vaksin Covid-19 dengan hanya 10 peratus pendaftaran daripada sasaran.

Katanya, Kelantan turut menjadi negeri paling rendah iaitu sebanyak 17 peratus pendaftaran daripada sasaran.

“Pendaftaran vaksin secara purata seluruh negara ialah 32 peratus di mana negeri paling tinggi ialah Selangor sebanyak 44 peratus, Pulau Pinang 39 peratus dan Johor 35 peratus.

“Ramai yang mengambil pendirian tunggu dan lihat terhadap kesan pengambilan vaksin, bagaimanapun saya yakin pendaftaran ini akan meningkat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here