Home Koronavirus Kerajaan kawal ketat penularan varian Omicron

Kerajaan kawal ketat penularan varian Omicron

0
Kerajaan kawal ketat penularan varian Omicron

SHAH ALAM – Kerajaan dilihat mengawal ketat dalam memastikan penularan varian Omicron Covid-19 dari terus merebak di dalam negara ini tidak berlaku.

Meskipun terdapat satu kes dicatatkan oleh pengembara luar di Ipoh, Perak, namun langkah drastik terus diambil bagi mengesan varian tersebut daripada terus menular dalam persekitaran.

Jelas terbukti apabila kerajaan telah mula menutup pintu negara daripada negara yang mempunyai varian tersebut untuk masuk ke negara ini.

Bagi memastikan ia tidak terus menular, kerajaan juga memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SOP itu diperketatkan mengikut persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan setiap individu yang memasuki negara ini tidak membawa virus berbahaya itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang menyiasat punca jangkitan kes indeks positif Covid-19 varian Omicron yang dikesan di negara ini pada Khamis.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana kes indeks tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 prapelepasan sebelum memasuki negara ini dari Singapura pada 19 November lepas.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa kes varian Omicron telah dikesan di kira-kira 40 negara di enam benua.

Namun begitu, setakat ini belum menerima laporan kematian melibatkan varian Omicron.

Oleh itu, KKM akan mempercepat pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 ekoran penemuan varian Omicron di luar negara.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah mengarahkan agar kapasiti pemberian dos penggalak ditingkatkan daripada 120,000 dos sehari pada masa ini kepada 150,000 dos sehari.

Seterusnya, ia akan ditingkatkan secara berperingkat sehingga mencecah 200,000 dos sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here