KUALA LUMPUR- Kerajaan negeri Selangor terbuka kepada sebarang ketetapan yang akan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan situasi semasa Covid-19 di negeri itu.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang tindakan yang dilakukan perlu disusuli dengan langkah-langkah susulan yang berkesan.
“Ia seperti vaksinasi yang menyeluruh, proses ujian (swab) yang lebih besar dan pantas dan beberapa sokongan kepada masyarakat termasuk aktiviti pembelajaran dan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta mengharapkan sokongan.
“Ini supaya kita boleh memutuskan satu kedudukan yang menang-menang kepada semua pihak, sama ada dari sudut kesihatan awam, kelangsungan kehidupan dan kedudukan ekonomi Selangor,” katanya dalam sidang media khas pada Rabu.
AKAN MENYUSUL