Home Koronavirus Kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Melaka tertinggi

Kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Melaka tertinggi

0
Kebolehjangkitan Covid-19 meningkat, Melaka tertinggi

KUALA LUMPUR- Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia mencatat peningkatan sebanyak 0.1.

Nilai R-naught negara meningkat kepada 1.15 pada Jumaat berbanding 1.14 hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 kecuali Perlis dan Labuan.

Melaka mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.32.

Ini diikuti Sabah, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Seterusnya, Perak, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Perlis dan Labuan masing-masing mencatatkan lapan dan enam kes baharu COVID-19.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here