Home Koronavirus Kadar purata vaksinasi harian Malaysia atasi UK

Kadar purata vaksinasi harian Malaysia atasi UK

0
Kadar purata vaksinasi harian Malaysia atasi UK

KUALA LUMPUR – Kadar purata vaksinasi Covid-19 harian negara dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai.

Data rasmi itu didedahkan Our World in Data yang dikelolakan Oxford Martin School, University of Oxford dan GCDL.

Berdasarkan data berkenaan, setakat 9 Julai 2021, Singapura di tangga pertama dengan purata harian vaksinasi 1.3 bagi setiap 100 orang, diikuti Malaysia merekodkan 0.96 bagi setiap 100 orang, Taiwan; 0.65, United Kingdom; 0.38, Thailand; 0.36, Indonesia 0.31, Korea Selatan; 0.2, Amerika Syarikat; 0.18 dan Vietnam; 0.02.

Malah, Malaysia konsisten di tempat kedua dan mengatasi United Kingdom sejak 23 Jun lalu.

Dalam pada itu, data Our World in Data juga menunjukkan Malaysia turut merekodkan purata pemberian vaksin harian ketiga tertinggi pada 9 Julai 2021 dengan 309.694 dos, selepas Indonesia dan Amerika Syarikat.

Pada tempoh sama, Indonesia mencatatkan purata vaksinasi 854,602 dos, manakala Amerika Syarikat merekodkan 593,848 dos.

Bagi peratusan vaksinasi, Malaysia berada di tangga kelima daripada sembilan negara tersenarai.

Setakat 9 Julai 2021, negara mencatatkan 10 peratus penduduk telah mendapat vaksinasi penuh, dan 13 peratus memperoleh satu dos.

United Kingdom merekodkan peratusan tertinggi dengan 51 peratus vaksinasi penuh, dan 17 peratus sebahagian dos. – Awani

ARTIKEL BERKAITAN: 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 pada Jumaat: Dr Adham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here