Home Koronavirus Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.13, Putrajaya tertinggi

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.13, Putrajaya tertinggi

0
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik 1.13, Putrajaya tertinggi

SHAH ALAM – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan apabila mencatatkan 1.13 pada Sabtu berbanding 1.11 hari sebelumnya.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.20, dikuti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Kedah.

Tujuh lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.0 ke 1.11 iaitu Perak, Sabah, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Sementara Perlis, Kelantan, Labuan dan Sarawak mencatat kadar R-naught di bawah 1.0.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Julai 2021 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/mND5HwvL3z

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 10, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here