Home Koronavirus Jumlah vaksinasi NS menghampiri 100 peratus

Jumlah vaksinasi NS menghampiri 100 peratus

0
Jumlah vaksinasi NS menghampiri 100 peratus

SEREMBAN – Jumlah vaksinasi di Negeri Sembilan hampir mencapai 100 peratus apabila 810,438 penduduk berusia 18 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkata sebanyak 87 peratus atau 707,882 penduduk atas 18 tahun di negeri ini lengkap menerima dos vaksin.

Menurutnya sehingga Sabtu, kadar vaksinasi di negeri ini mencapai 68 peratus daripada populasi penduduk Negeri Sembilan yang layak menerima vaksin.

“Alhamdulillah dengan pencapaian kadar vaksinasi yang tinggi ini kadar penggunaan katil ICU (unit rawatan rapi) di Negeri Sembilan turut berkurangan. Sehingga semalam kadar penggunaan katil ICU adalah sebanyak 66 peratus sahaja iaitu keempat terendah dalam negara.

“Kadar penggunaan pusat kuarantin juga paling rendah di Malaysia dengan penggunaan sebanyak 12 peratus daripada kapasiti,”katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambah beliau, rakyat negeri ini dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebaik mungkin bagi memastikan jumlah kes harian terus menurun.

“Sama-samalah kita berusaha supaya Negeri Sembilan dapat beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang seterusnya akan melancarkan pemulihan ekonomi negeri,”katanya.

Pada Sabtu, Negeri Sembilan mencatatkan 198 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 94,184 membabitkan 1,107 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here