Home Koronavirus Baru Bian positif Covid-19, tidak hadir sidang Dewan Rakyat

Baru Bian positif Covid-19, tidak hadir sidang Dewan Rakyat

0
Baru Bian positif Covid-19, tidak hadir sidang Dewan Rakyat

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Isnin kerana perlu menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Bian berkata, beliau disahkan positif pada Jumaat lalu selepas menjalani saringan RT-PCR mandatori tiga hari sebelum persidangan, malah mengalami gejala seperti selesema dan demam ringan.

“Saya dijadualkan menaiki kapal terbang dari Kuching ke Kuala Lumpur hari ini (Ahad) untuk menghadiri persidangan Parlimen yang bermula esok (Isnin).

“Bagaimanapun, saya diuji positif Covid-19 pada malam Jumaat, 10 September 2021 iaitu tiga hari sebelum persidangan Parlimen.

“Saya diminta menjalani kuarantin sehingga 21 September. Jadi saya mesti tidak hadir di Parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Pada 31 Ogos lalu, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin menerusi satu surat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 6 September dipinda kepada 13 September ini.

Sementara itu, Bian berkata, mereka yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 digalakkan untuk mendapatkannya kerana ia boleh menyelamatkan nyawa.

“Saya percaya vaksin yang diterima beberapa bulan lalu telah mencegah kesan lebih serius (daripada) memerlukan untuk dimasukkan ke hospital.

“Saya sangat menggalakkan mereka yang belum divaksin untuk mendapatkannya. Ia boleh menyelamatkan nyawa,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here