Home Koronavirus Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu

Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu

0
Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat Rabu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga jam 11.59 malam Rabu, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua.

“Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak 4,932,981 iaitu 15.1 peratus, populasi rakyat negara ini,” katanya.

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68 peratus, diikuti Sarawak (49.4 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (22.7 peratus) dan Negeri Sembilan (21.8 peratus). – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 21 Julai 2021 ialah 15,517,866 dos.

446,052 dos pada 21 Julai.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 10,584,885 orang. Daripada jumlah itu, 4,932,981 orang telah terima dos kedua.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/zA9nbO6EcZ

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) July 22, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here