Home Koronavirus ADUN Rawang positif Covid-19

ADUN Rawang positif Covid-19

0
ADUN Rawang positif Covid-19

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Rabu.

Chua Wei Kiat berkata, beliau mengambil keputusan menjalani ujian saringan tersebut selepas berasa tidak sihat pada Isnin.

Menurut beliau, adiknya yang tinggal serumah juga disahkan positif dan mereka kini menjalani kuarantin selama 10 hari bermula Rabu.

Katanya, program yang diatur termasuk Program Vaksin Selangor (Selvax) akan terus dijalankan dengan bantuan pegawai Pusat Khidmat DUN Rawang dan sukarelawan terlibat.

“Kami merupakan petugas barisan hadapan, walaupun prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi tetapi kami masih terdedah dijangkiti Covid-19.

“Saya harap rakyat dapat duduk di rumah bagi memastikan keselamatan diri dijaga dengan baik, ” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurut beliau, pegawainya serta sukarelawan yang menjadi kontak rapat juga telah menjalani ujian saringan pada Rabu, bagaimanapun setakat ini tiada yang dilaporkan positif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here