Home Koronavirus Jangkitan Covid-19 meningkat 3,586 kes

Jangkitan Covid-19 meningkat 3,586 kes

Jangkitan Covid-19 meningkat 3,586 kes

SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 di dalam negara kekal melebihi 3,000 kes untuk tiga hari berturut-turut apabila merekodkan 3,586 kes baharu pada Jumaat.

Perkembangan itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,552,114.

Menurut portal CovidNow, pertambahan angka itu menjadikan kes aktif wabak berkenaan meningkat kepada 35,198.

Portal CovidNow turut melaporkan enam kes kematian akibat wabak itu pada Jumaat dengan dua daripadnya melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian dalam negara ketika ini kepada 35,801.

Dalam pada itu, seramai 33,888 pesakit Covid-19 atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Pada masa sama, seramai 1,241 pesakit dirawat di hospital dengan 42 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here