Home Koronavirus Ingkar SOP: 71 kilang, premis perniagaan diarah tutup

Ingkar SOP: 71 kilang, premis perniagaan diarah tutup

0
Ingkar SOP: 71 kilang, premis perniagaan diarah tutup

SHAH ALAM – Sebanyak 71 premis terdiri daripada sektor perkilangan dan premis perniagaan diarahkan tutup pada Rabu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut diambil selepas kerajaan melaksanakan 79,868 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,604 orang.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,006 buah kilang, 15,601 premis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 300 buah asrama penempatan pekerja,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, seramai 240 individu yang dikompaun kerana ingkar SOP dan 14 individu yang direman daripada kesalahan melanggar SOP.

Katanya, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Rabu telah membuat tangkapan terhadap 23 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas enam buah kenderaan darat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here