Home Koronavirus 40 peratus penduduk dewasa Johor terima vaksin menjelang 31 Ogos

40 peratus penduduk dewasa Johor terima vaksin menjelang 31 Ogos

0
40 peratus penduduk dewasa Johor terima vaksin menjelang 31 Ogos

MUAR – Kerajaan Persekutuan menyasarkan untuk menvaksinasi sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk dewasa di negeri Johor menjelang 31 Ogos ini dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi tujuan itu, beliau telah mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya meneliti program vaksinasi di Johor.

Beliau berkata, ini juga susulan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menzahirkan kekecewaan atas kadar vaksinasi di negeri ini yang masih rendah.

“Saya lihat di Johor ini masih di bawah (kadar vaksinasi) berbanding sesetengah negeri yang sudah lebih 60 hingga 70 peratus.

“Jadi, yang terkini, menteri telah mengadakan perbincangan dengan menteri besar dan dikatakan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos akan dihantar ke Johor,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak Felda Lenga Pagoh dekat sini pada Khamis. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here