Home Koronavirus India laksana kempen besar-besaran vaksinasi Covid-19

India laksana kempen besar-besaran vaksinasi Covid-19

0
India laksana kempen besar-besaran vaksinasi Covid-19

MUMBAI- India mengumumkan pembukaan kempen vaksinasinya kepada semua orang dewasa pada Sabtu.

Pelancaran kempen secara besar-besaran itu dilihat akan menguji had kerajaan persekutuan, kilang vaksin di negara itu dan kesabaran 1.4 juta penduduknya.

Pembuat vaksin terbesar dunia itu masih kekurangan bekalan kritikal susulan tiada bahan mentah dan proses pembuatan yang mencukupi sehingga menyebabkan pelancaran vaksin di beberapa negeri tertunda.

Jurang ekonomi di seluruh negara membuatkan akses kepada bekalan vaksin menjadi tidak konsisten.

Hanya sebilangan kecil penduduk India mampu membayar harga yang dikenakan oleh hospital swasta untuk suntikan itu.

Negeri-negeri di India akan dibebani dengan imunisasi 600 juta orang dewasa yang berusia bawah 45 tahun.

Kerajaan pusat telah memberikan suntikan kepada 300 juta pekerja kesihatan dan pekerja barisan hadapan serta mereka yang berumur lebih 45 tahun.

Setakat ini, vaksin daripada kerajaan adalah percuma dan hospital swasta dibenarkan untuk menjual suntikan vaksin Covid-19 dengan harga yang ditetapkan pada 250 rupee atau sekitar RM14.

Bagaimanapun, amalan itu akan berubah selepas ini apabila harga untuk kerajaan negeri dan hospital swasta akan ditentukan oleh syarikat vaksin.

Beberapa negeri mungkin tidak dapat memberikan vaksin secara percuma kerana terpaksa membayar dua kali lebih banyak daripada kerajaan pusat untuk suntikan yang sama dan harga vaksin di hospital swasta dijangka meningkat.

Kurang 2 peratus telah mendapat suntikan lengkap vaksin Covid-19, manakala 10 peratus telah disuntik dos pertama setakat ini di India.

India merekodkan kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 18 juta selepas mencatatkan hampir 380,000 kes baharu sekali gus memecahkan rekod baharu global.

Rekod kematian pula mencatatkan 204,832 orang selepas 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam menyaksikan lonjakan kes jangkitan kematian luar biasa dan menghampiri rekod kematian Mexico yang ketika ini pada tangga ketiga dunia iaitu 216,447 pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here